Pages

come with me ;;)

Saturday, June 20, 2009

Debaran Demi Debaran

Bila start saja cuti, student la paling happy. Lagi-lagi student yang MALAS macam aku ni. Dah la cuti kali ni cuti panjang memandangkan aku dah pun menamatkan pengajian aku di matrikulasi *Wah,,, ayat yang agak skema nampaknya*
 


Kalau ikutkan, sebelum start cuti lagi aku dah plan nak kerja. Nak timba pengalaman la katakan sebab sebelum ni aku memang tak pernah kerja pun.
Tapi persoalannya...
 
boleh pakai ke aku ni???
Biasanya, hangat-hangat tahi ayam je, kui3. Tak tahu la kalau kali ni luar biasa kan?


Tapi kali ni rutin harian cuti aku tak macam biasa sebab mak cik aku, Ngoh ada kat kampung tengah cuti berpantang. So, aku memang selalu la pergi rumah nenek aku tolong apa yang patut. Pendek kata, baby sitter tak bergaji la aku ni, ahaks =p. Ok apa. Boleh la aku timba pengalaman baru jaga baby. Tak ada la boring sangat sebab kawan-kawan aku pun belum start cuti lagi. Nak pergi jalan-jalan pun tak ada teman. Kalau tak, nampaknya memang makan tidur, makan tidur je la kat rumah. At least, terisi jugak masa lapang aku.


Emm,,, yang buat aku tak senang hati cuti ni sebab nya kena tunggu result final exam. Grrr,,, seram sejuk dibuatnya. Mana tak nya. Aku rasa macam tak confident sangat sebab soalan hari tu macam susah woo. Duk sibuk nervous tunggu result final exam aku, tup..tup!!! result interview cikgu la pulak yang keluar dulu.
Huh,,, macam tak percaya bila je tahu dapat interview tu. Alamak ai! tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku time tu. Happy. Cuak. Nervous. Semua dah bercampur jadi 1. Ini la 1st time aku bakal di'interview'. Nasib sentiasa baik, hehe. Mak cik aku ada. Dia la yang suruh aku baca sikit-sikit pasal PIPP & isu-isu semasa pasal perkembangan pendidikan kat negara ni.



Cakap pasal interview pulak, menarik la jugak. 1st time la katakan. Macam biasa... nak kata cuak, tak ada la sangat. Nak kata dah ready, memang tak ready sangat pun. huhuhu :p
Berserah saja la... Lagipun time duk kat bilik persediaan, aku jumpa dengan 2,3 orang kawan kat matrik. Bila rancak sangat berbual, semua benda dalam kepala dah hilang dan aku tak sabar lagi dah nak masuk bilik interview. Biar habis cepat, hilang beban yang aku tanggung ni. hehehe :D


Bila sampai turn aku, aku pura-pura confident. Dalam hati, Allah saja yang tahu. Ada 2 orang penemuduga. Dua dua lelaki. Oleh sebab aku ambil pilihan pendidikan sains, jadi aku kena la cerita pasal latar belakang aku in english. Soalan-soalan yang dia tanya semua berkaitan pasal diri aku. Hisy,,, susah-susah je aku baca isu-isu semasa & hafal PIPP tu. Kuciwa =(. Yang paling aku tak sangka, tiba-tiba saja dia suruh aku mengajar.
Biar betul bro!
Semua benda dah kOsOng dalam kepala aku ni. Itu la, belajar semata-mata nak jawab exam. Lepas exam, semua benda hilang la. Tidak bagus ini orang, hahahah :)). Padan muka kau, zEri. Rasakan :p

 
Lastly, aku pun ajar la subjek Kimia sebab aku rasa subjek ni saja satu-satunya yang masih bersisa kimia dalam kepala ni :D. Tak lama lepas tu, dia suruh aku duduk.
Komen mereka...
awak perasan tak awak ni ajar terus pada topik yang susah. Macam la student semua terror2.
Owh ok. Kenapa diorang tak cakap konon-konon diorang ni budak IQ tak berapa tinggi?
Kalau tak, lagi senang tugas aku. Baik aku ajar diorang macam mana nak baca predict table dulu. Tehee :p



Sekarang nervous tunggu result final exam la plak hoi. 2 hari lepas tu, result final keluar. Agak mengecewakan sebab result kali ni tak se cun result sem 1. Nak buat macam mana, dah nasib rezeki. Belajar untuk bersyukur.
Hopefully dengan result aku ni, dapat la aku sambung belajar kat u nanti.
Interview dah. Result final pun dah. Kini, tinggal 1 lagi debaran yang paling da bomb... Result masuk u!!!

Dalam aku menghitung hari, akhirnya. Huh!
Actually, aku tak berdebar pun. Aku cuma risau kalau-kalau aku akan kecewakan family in case aku tak dapat sambung belajar. Tapi, syukur Alhamdulillah berkat doa family dan kawan-kawan, aku dapat yang 2nd choice, pendidikan di UPM.
Heee,,, memandangkan time ni aku sendiri di dalam bilik, di depan pc, masih kat rumah mak cik aku di Selangor, maka aku sangat la teruja bagitahu mak ayah aku kat kampung, nenek aku yang tengah jaga si Hazim kat ruang tamu,  mak cik aku yang masih kat sekolah, dan tak lupa juga bff aku.
Dapat jugak aku sambung belajar dalam kos pendidikan. Tak sia-sia aku bersusah-payah pergi interview *susah payah la sangat*


Huh,,, dalam masa yang tinggal 1 minggu saja lagi ni, mesti busy teramat nak settle kan semua benda. Hopefully planning nak keluar dengan kawan-kawan tak tergendala. Harus kumpul kenangan banyak-banyak sebab lepas ni dah nak start belajar lagi. Risau pulak kalau lepas ni tak ada banyak masa untuk spend dengan kawan-kawan. Tapi kan, masa kat matrik dulu pon busy jugak. Aku slumber rock je. Stay cool bebeh... \m/ 


Argh,,, macam baru je cuti. Lepas ni dah nak start belajar lagi. Cuma suasana mungkin berbeza sikit. Semoga aku dapat survive kat u nanti. Biar la Azri tetap Safirah. hakhak ;)

0 003 people care: