Pages

come with me ;;)

Wednesday, June 24, 2009

Stick Together

Ini lah hari yang aku nanti-nanti untuk keluar dengan Ain-ain ku :). Dah lama tak keluar sama-sama macam ni sebab susah sangat nak dapat cuti sama-sama. Biasanya, aku la yang paling bertuah sebab kadang-kadang tu time Ain Kusyi *sebelah kanan aku* cuti, aku pun cuti jugak. Tapi, Ain Farhana *sebelah kiri aku* pulak yang tak cuti. Kalau Ain Farhana dengan aku pulak yang cuti, Ain Kusyi pulak tak cuti. Memang susah bila masing-masing dah bawa haluan sendiri lepas tamat sekolah. Apa pun, demi masa depan kami. Sebab tu la walaupun minggu ni aku busy gilerz, aku cuba jugak luangkan masa 1 hari ni spend dengan mereke berdua.

Macam biasa, awal-awal lagi kami dah plan supaya semuanya berjalan lancar *Acey, bukan main lagi*
Tapi, bertuah punya si budak Ain Farhana ni. Dia bangun tidur lewat la pulak. So, aku naik bas sengsorang la dulu. Ain Kusyi pun memang kena pergi lewat sikit sebab ada tugas yang lagi penting, mencotek roti. Hehe :D
Sampai je kat KT, aku pergi cuci gambar ukuran pasport aku. Then, tunggu la Ain Farhana kat hentian bas tu.


Tak lama lepas tu, Ain Farhana sampai. Dia bawak novel aA+bB untuk aku. Kami berdua pergi minum pagi dulu sementara tunggu Ain Kusyi. Oleh sebab Ain Kusyi lambat sangat, kami plan jumpa dia kat HKS. Boleh la ronda-ronda dulu kat sana. Bila Ain Kusyi dah sampai, bukan main happy lagi aku dengan Ain Farhana. Lepas tu, kami bertiga terus pergi ke Watson untuk beli apa yang patut.
 


Bila dah stick together, mak aih. Tak reti nak duk diam la mulut ni. 
pot. pet. pot. pet.
Terlalu lah banyak benda yang nak dikongsi sesama kami. 
Kalau bab gelak??? Itu memang tugas kami sejak dulu lagi. Rasa nak pecah perut ni hah. 
Macam-macam kerenah. Macam-macam ragam. Macam-macam sound effect.
Sampaikan orang sekeliling pun kami tak ambil peduli. Benda yang sedih pun boleh jadi lawak kadang-kadang tu. Oppss,,, bukan kadang-kadang tapi agak kerap, wah,,,kah3 :)). Huh,,, hilang segala jenis tension bila dapat bersama dengan mereka ni :) 


Haaaa,,, destinasi kali ni paling menarik. Tempat favourite kami bila nak makan--> atas kedai pasar payang.
Ada 1 tempat ni memang fuh,,, kaw2 gila masakan panas dia. Tempat wajib. Kadang-kadang tu kalau ramai sangat manusia, terpaksa tunggu lama pun kami sanggup. Cuma sekarang ni bila dah jarang keluar, so jarang jugak la datang sini. Pendek kata, nak lepaskan rindu terpendam la ni. Acey,,, gitu. Sudah menjadi kebiasaan, kami order mee hoon sup. Nom,,, nom3 ^^ 
Rasanya sikit pun tak kurang. Sampaikan ada di antara kami yang buat tambahan order. huhu :D
Siapa agaknya yup??? 


Alhamdulillah.., perut pun dah terisi. Jalan-jalan cari tudung pulak tapi tak ada yang berkenan. So, kami saja la penuhkan masa ke kedai pakcik kami. Pakcik siapa? 
Haaa,,, Mydin tu la kedai pakcik kami, hakhak :P
Memandangkan dah masuk waktu solat, kami pun terus singgah di masjid putih lepas tu. Lama jugak kami kat sana, rehat2 lepas dah solat. Huh,,, segar balik rasa badan ni. Hilang rasa letih. Tak leh bla, sempat lagi posing kat situ. Bertuah punya budak.

Kemudian, pergi ambil gambar kat kedai & fotostat apa yang patut. Naik pulak kat atas hentian bas untuk sambung ronda-ronda cari tudung si Ain Kusyi. Haaa,,, kat sini baru la puas hati sebab nya banyak pilihan tudung yang macam-macam jenis. Tapi, kena la bijak tawar-menawar. Kalau tak, rugi la kita. Aku la orang yang selalu rugi tu sebab aku memang tak reti bab-bab ni.

Erm,,,dah. Rasanya tak ada benda lagi dah yang tak terbeli. Semua dah beres. Jom naik bas, kita balik rumah. Walaupun sesak dengan orang ramai dalam bas, kami maintain bercerita. Kalau boleh, setiap saat tak nak diam. Syok berbual, dah sampai kat rumah Ain Farhana rupanya. Lepas ni giliran Ain Kusyi pulak.

Hah,,, terasa berat hati ni nak berpisah dengan mereka. Entah bila pulak dapat jumpa lagi. Saat Ain Kusyi pulak nak turun, kami bersalam-salaman dan hanya ucapan take care yang keluar dari mulut. Tiba-tiba terasa sebak. Aku dapat lihat air mata Ain yang berlinang. Ain,,, jangan sedih yup. Orang pun dapat rasa apa yang ain rasa.

Sayang u both... i know i'm going to miss u all a lot...

2 003 people care:

little ain said...

mule2 bace entry ni rse mcm nla gelak. ble dh last2 tu,sampai menitik pulak air mate ni haa. i miss that day. rse mcm dh payah kot nak jmpe since sume dh bwk haluan masing2. yea,u were right,it's for the future. there's a lot to be told dlm entry ni. mcm2 yang jdi that day. ape pon,org akn igt tu dlm hati. thanks for this lovely entry. miss you :)

zEri said...

huhuhu~ 2 r...menetes air hidung...miss u 2...hope our frenship will last 4 eternity...amiin,,,ayt ain v,,,huhuhuhu