Pages

come with me ;;)

Saturday, August 8, 2009

Belajar Slow2, Serap Dalam Kepala

Selamat Hari Jumaat semua :)
Kalau nak tahu... Rutin aku tiap-tiap hari Jumaat kat sini, kelas amali Praktik Sains Pertanian. Dari 8 am-11 am.
Hari ni kami diberi tugas untuk:
  1. Proses penyulaman
  2. Menggembur tanah
  3. Membaja, menyiram
  4. Penanaman fertigasi

       
     Tugas-tugas ni semua tak ada lah berat sangat. Boleh la...
    Penyulaman??? Apa tu? Takkan macam sulam baju kot? Huhu
    > proses penanaman semula biji benih atau anak pokok yang tak tumbuh atau mati.
    Owh,,, itu rupanya. Dapat 1 ilmu baru hari ni, nampaknya. Tapi kecewa jugak la bila tengok sayur kailan group aku. Macam segan nak tumbuh, mati tak mahu je. So, kena la buat proses penyulaman ni. Tak apa, pokok terung okey :)

    Gembur tanah, membaja...
    Opps,,, membaja pokok pun ada peraturan dia tau. Bukan main redah je macam Nadia af6, haha :))
    Lagi-lagi sayur-sayur ni masih kecik2, comey2, cute2 lagi. Hee ^^
    > jarak mesti sekurang-kurangnya 2 inci dari sayur tu. Kalau tak, Inalillah la jawabnya.
    Dah bagi makan,,, bagi minum la pulak...

    Ok,,, tengok pokok jagung pulak. Kan merajuk, susah nanti. Tak boleh pilih-pilih kasih yup. hehe :D
    Gembur-gembur tanah...
    Penyulaman, pindahkan anak pokok yang elok atau yang ada lebih dari 2 anak pokok untuk 1 tempat kat tempat yang langsung tak ada pokok. Sama jugak macam terung dan kailan tadi,,, bagi makan dan minum secukupnya bukan sesuka hati yup!

    Fuh,,, last sekali, penanaman fertigasi. Group aku, kena tanam cili. Tahu tak apa itu fertigasi atau macam mana???
    > Sistem fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik.
    > Sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, stawberi dan juga pokok hiasan.
    > Tujuan: mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangan kulat.
    > Kelebihan: pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Baja terus diberi kepada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok.

    Erm,,, ini la benda yang boleh aku share secara ringkas kat sini pengalaman aku di ladang. Yang lain, tungguuuuuuuuuu...

    0 003 people care: