Pages

come with me ;;)

Saturday, January 1, 2011

budak vakum bertanda lahir

welcome twenty eleven :)

masuk tahun baru, semua orang pun nak cakap pasal azam baru. saya juga nak cakap pasal azam  baru. eh tak. hari-hari saya bangun dengan azam baru. jadi tak perlu lah saya nyatakan di sini apa azam tahun baru saya. muehehe :D

antara azam saya yang belum terlaksana: memiliki lelaki yang bernama azam. wakakakaka :)) ok. yang ni saya tipu :p

kalau orang lain sibuk cakap pasal azam tahun baru, saya pula nak cakap pasal 3 Idiots. movie hindustan yang baru saja saya tengok tadi dengan mak dan ayah saya di channel astro fiesta.
movie ni sangat bagus dan best. suka lah jalan cerita dia. dah lama tak layan hindustan. gelak-gelak. goyang-goyang kaki. senyum sorang-sorang. nangis dalam hati :'(

ok. pointnya sebenarnya di sini. part di mana anak perempuan pengarah ICE nak bersalin. oleh sebab dia sudah kehilangan tenaga, maka anak dalam kandungan terpaksa dilahirkan dengan bantuan vakum.

mak saya terus buka cerita...
katanya, saya dulu pun dilahirkan dengan bantuan vakum. tapi bukan seperti dalam movie ni la. hahaha :))

hah? eyh? kenapa tak pernah tahu pun?

iye... saya kan kembar. lepas saja abang saya keluar, mak saya dah tak ada tenaga nak push. oleh sebab nyawa saya sangat berharga ketika itu, maka alat bantuan diperlukan. dengan bantuan vakum, lahirlah saya melihat dunia pada 22 Ogos 1989, 10:15 pagi, 30 minit selepas abang saya dilahirkan.

saat nurse menyambut kelahiran saya, nurse tu terus cakap...
"waaah... dapat kembar sepasang."
"owh. yang perempuan ada tanda lahir kat kaki. mesti kahwin dengan orang jauh nanti."

oit nurse. sesungguhnya kata-kata itu adalah doa. namun, sejauh manakah kebenaran kata-kata nurse itu? dan sejauh manakah bakal suami aku tu nanti?*wat muke gatal versi jgn pndg blkg* miahahaha =))
wondering. patut lah sampai sekarang tak ada sorang pun yang sangkut. jauh sangat kot 'si dear' aku tu. di kayangan mungkin. hee ^^

apa pun sejarahnya, saya dan abang selamat dilahirkan.
 terima kasih mak

mak dan ayah bersyukur sangat sebab dapat kembar sepasang. sebelum ni, bila mak dan ayah tahu anak dalam kandungan kembar, mak dan ayah terus pasang angan-angan.

mak saya nak kembar lelaki sebab anak lelaki boleh tolong buat kerja-kerja berat.
ayah pula nak kembar perempuan sebab anak perempuan boleh tolong masak kat rumah. *nak gelak sebentar*
tup. tup. dapat kembar sepasang. Allahu Akbar...

ok. bila cakap pasal masak, saya malu nak cakap. kesian ayah saya. sampai sekarang pun anak perempuan dia ni tak pandai-pandai masak. hoho ^.^
ni la antara azam saya yang tak pernah nya nak terlaksana sampai sekarang. hee 8)

again. tak nak cakap pasal azam *nak selamatkan diri*. hakhak :p
hurm,,, sebab tu lah saya pilih tajuk entry kali ini 'budak vakum bertanda lahir'. saya la budak itu ;)

sepatutnya saya letak fakta menarik ni dalam [entry ini] kan? tapi AWAS! jangan ada sesiapa yang panggil saya budak vakum. tak pun budak bertanda ke lepas ni. siap kamu. huhu >.<

12 003 people care:

i'm mashitah said...

best ke 3 idiot tu? mashi tgk rendang tok wan! lg best! shinjuku incident pon! astro bru tu sekejap je kan... nnt dh xde... nway, masak? adoi? azri x reti masak? cancel wt calon isteri! hahahahahahaha n one more : happy new year 2011! semoga azri cepat kawen =)

little ain said...

gi belajo masok ngan ngoh tu. buat hok ala jawa gitu,

mane tahu nk buleh hok gitu.

HAHAHAHAHAHAHA

zEri sAfEerA said...

mashi: best. ala mashi, tak sempat pon nk tngk 2 sume. aah, astro 2 sekejap j. hee ^^
wakakaka :)) kejam mashi.
selamat tahun baru jugak :)
oit. bukan mcm 2 la. sepatutnya, semoga cepat jumpe ngan org jauh 2. hikhik :p

zEri sAfEerA said...

ain: hahaha :)) ceh. mektok ni bab kene ke org.

tp ain, jawa 2 x cukup jauh agi ah. mia,,hahahahahahahahahahahahahaha =))

Anonymous said...

aku xthu lak mu lahir ngan vacum,huhu2..lau x msti time aku tgok ibu2 y brsalin y mggunakan vacum aku teringtkan mu,kahkahkah2....tpi biasenyer lau budak2 y lhir ngan vacum ni kepala msti kemek sket tpi lme2 ok la sb tu la kpla mu aku tgok ok jek,hehe2...:bjak panda lgi,huahuahua2....

zEri sAfEerA said...

issareni: hahaha :)) mu ari2 pon nk ingat aku. wee ;;)

huuu,,, nsb baek x jadi mcm pale alien. kikiki :D

Unknown said...

cete tue mmg best...
huhuuhu...
kamu anak kembar...
wow...
best yer....

zEri sAfEerA said...

redzuan: aah kan. bez dan bagos :)

iye... kembar. bez n special. hee ^^

Anonymous said...

kehkehkeh2....

zEri sAfEerA said...

hekhekhek :D

AISYAH JAIS said...

ohh , dia rupanya budak tu . hihi
kena vakum okay lagi
.

mak sy cakap , sy dulu tali pusat terbelit dekat leher . nasib baik panjang umur lagi. syukur . :)

zEri sAfEerA said...

hehe :D

owh ye? lagi dahsyat. huu :)