Pages

come with me ;;)

Thursday, December 23, 2010

KISAH kau dan aku

Agro bank. tempat kejadian. tujuan: nak aktifkan semula akaun.
lepas matrik hari tu, duit dalam tu tak pernah terusik. sampai la agro bank hantar surat berbaur ugutan. tehee :D
kalau tak diaktifkan, pihak bank akan tarik wang simpanan RM 10 setiap tahun. heh, suka hati kau. aku wat keluar semua masuk CIMB baru tau :p *turn aku plak ugut*

seperti yang telah dijanjikan, aku dengan fareha dan suraya plan nak jumpa semalam. tapi aku dengan suraya je. fareha tak dapat ikut. alang-alang dah keluar sarang, pergi la bank sekali. menyelam sambil tangkap ikan ;)
 
nasib baik tak ramai orang. bila dah settle isi borang, tup2 terus turn aku. menggelabah sikit la + uruskan akaun abang aku sekali.
bila dah dikemaskini dan diaktifkan dan buku bank diserahkan...
aku: terima kasih
encik xxx: nak duuuuiiiittttt *sambil wat muka ala2 budak mintak ais krim*
aku: saya dah bagi kan?
encik xxx: awak dah bagi ke?
aku: eh, saya tak bagi lagi ke? *terus konfiden level down, sambil cek dalam handbag kalo2 ade RM 50*
encik xxx: eh2. dah bagi la *sengih lepas die cek dalam drawer*
aku: betul ke ni? *nak dapatkan kepastian*
encik xxx: haaa, ya la kot *tersengih2. macam tak berapa konfiden*
aku: ish,,, mana boleh macam tu
sekali aku toleh belakang, suraya sengih sambil angkat bahu seolah-olah tanya apa dah jadi. staf-staf kat situ pon dah pandang-pandang blur. eh, kuat sangat ke aku cakap?

encik xxx: awak memang yakin awak dah bagi ey
aku: entah la, rasa macam dah
encik xxx: hurm,,, tu la. saya pun kurang pasti. macam ni la. awak bagi nombor handphone awak. lepas cek balance, kalau tak cukup, saya telefon awak.
aku: hurm,,, 01394xxxxx :(
encik xxx: maaf ey
aku: tak apa

suraya suruh aku cek betul-betul sementara on the way gi bank tabung haji. memang la ada dalam purse aku. tapi duit RM 50 yang aku nak bank in tadi tu aku tak letak pun dalam purse. aku dah letak sekali dengan buku bank agro tu.

bila dah  pekena mihun sup atas kedai pasar payang, cari beg baru, balik. otw balik, handphone aku bunyi. bila tertera no tak dikenali, terus aku tunjuk kat suraya. mesti kerani tadi tu :((

aku: hello
encik xxx: hello Assalamualaikum
aku: Waalaikumussalam *dalam hati dah confirm memang encik tadi tu*
encik xxx: ni Azri Safirah ke?
aku: yup saya *terus rasa tak sedap hati*
encik xxx: saya pihak agro bank. pasal duit tadi tu, saya dah cek. memang short RM 50
aku: iye? hurm,,, mesti saya tak bagi lagi tadi kan?
encik xxx: eh tak. awak confirm tak awak dah bagi duit tu
aku: masalahnya, saya pun tak ingat. lagi-lagi awak pun tak confirm saya dah bagi ke belum
encik xxx: tak, kalau awak memang confirm awak bagi, tak apa la. saya dah ganti guna duit saya
aku: masalahnya, yang short RM 50. confirm la saya. siapa lagi?
encik xxx: hurm,,, tu la
aku: dah tu, bila saya kena buat pembayaran? boleh ke saya bank in mana-mana je?
encik xxx: tak. kalau bank in, lain pulak
aku: dah tu?
encik xxx: macam ni. awak datang je la bila awak free. susahkan awak tak?
aku: boleh je tapi minggu depan la
encik xxx: awak duk mana?
aku: saya duk jauuuh ni. dungun. tapi kalau minggu depan, boleh la
encik xxx: owh, dungun. awak tak apa ke? tak susahkan awak ke?
aku: tak apa je. boleh. memang salah saya
encik xxx: ok, minggu depan awak datang je la bank tadi ek
aku: yela
encik xxx: Assalamualaikum :)
aku: Waalaikumussalam :p
lebih kurang macam tu la sesi perbualan antara zEri yang cuai dan encik xxx yang blur. hehe :D

bila dah sampai rumah, aku terus keluarkan semua yang ada dalam handbag aku. banyak sangat barang. dalam purse, memang confirm tak ada sebab seingat aku, aku tak letak dalam tu.
bila dah cek resit-resit dan kertas-kertas tak penting, tiba-tiba...

hurk??? terkejut aku bila aku jumpa RM 50 yang berlipat elok dalam 1 compartment kecil dalam handbag aku. CONFIRM! huwaaa :(( malunya nak jumpa encik xxx yang muda-hensem-bergaya tu lagi minggu depan. tolong!!! mana aku nak letak muka ni T_T

14 003 people care:

Anonymous said...

letak jer muke kat lam purse tu plak..
hahahhah ;p

zEri sAfEerA said...

huwaaa :(( kalo la muat T_T

senydream said...

huahua2!...aku ingat dye nk mengurat mu!...kahkahkah2....

zEri sAfEerA said...

wakakaka :)) ade plok pk g2. suraya pon x sudoh2 kate g2. huh -_-'
malu wei.

디야나 said...

baik nye encik xxx... azri, shok=short ke??

haha... nant klu jmpe die p la buat muka comel2, gaye nk ngorat ke... mesti mamt 2 xksh~ hehe

zEri sAfEerA said...

hahaha :)) yela kot dyana. org denga shok2 j taip jela shok. gagagaga

oit. mggatal plak. hehe ;)

♥e'in♥ said...

huhu.. zeri g bank 2 pakai topeng laa.. hehe.. ;p

zEri sAfEerA said...

hakhak ^^ kalo pakai topeng g bank, trus kene tgkap sbab org ingat nk rompak bank =))

hans said...

mana tahu ini jodoh kamu
tetiba kan?
hahahahha
agak malu jugalah nak jumpa dia balik tapi chill jer
hehehe

P/S : Final Piala Suzuki AFF 2010 : Malaysia Vs Indonesia....Siapa Menang?

P/S : Azam Tahun 2011

zEri sAfEerA said...

hans: jodoh??? hahahaha :))
owh,,, tetibe nerves. hehe :D

Iznie said...

adushh....!! hahaha...malu!!

tpi macam klakar jer kan...hehehe

zEri sAfEerA said...

iznie: hakhak^^ klaka yg memalukan :D

hans said...

hahahahaha
dah gi jumpa ke belum?

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

zEri sAfEerA said...

hehe :D belom la. kalo dah, 6ti update lagi. tehee :D