Pages

come with me ;;)

Thursday, September 8, 2011

saya nekad!

yup. saya nekad untuk post entry raya walaupun dah lebih seminggu kita beraya, muehehe :D *booo sama saya*
sebenarnya 2,3 hari sebelum raya lagi saya dah bercadang nak buat entry raya. tapi oleh sebab banyak sangat komitmen yang datang beratur menunggu giliran, jadi kalau sebelum ni sehari sebelum raya saya dah post entry raya, maka tahun ni boleh la kiranya saya tukar sikit tradisi yup, kekekeke :D

wow. banyak sangat komitmen bunyi macam apa je. hahahahaha sebenarnya tak banyak pun pada orang lain, tapi banyak la bagi orang macam saya yang reti goyang kaki je sebelum ni.
nanti la kalau diberi kesempatan masa, saya akan cerita pengalaman yang mencuit hati sepanjang saya di dapur, di lain entry yup. dan kamu tahu tak??? hajat saya untuk seret mak saya untuk tolong saya realisasikan impian saya buat biskut raya di [entry ini] tercapai jugak. hoyay \(^^)/

3 hari nak raya, saya mula buat biskut raya dengan penuh bersemangat-malaysia-boleh bila diberi kepercayaan sepenuhnya oleh mak saya. suka ^^. untuk itu, saya sanggup berkorban waktu tidur sunat tengah hari semata-mata tak nak kacau waktu malam-malam terakhir Ramadhan. *nampak tak semangat-malaysia-boleh saya itu?*. 6 jenis biskut raya, dalam masa 2 hari. boleh tahan la kan bagi orang macam saya yang hanya masuk dapur setelah lebih 2 dekad melihat dunia. hekhek ^^

1 hari sebelum raya pulak saya guna untuk jahit manik-manik cinta kat baju raya saya, hee *ok, ayat mengada*. oleh sebab makcik saya dah turunkan ilmu itu, jadi nahas la semua baju saya kerjakan. muahahaha rasakan =)).
tunggu la saya buat entry khas untuk share gambar-gambar biskut raya dan jahitan manik tu yup :)
sebenarnya malam raya hari tu saya dah pun taip separuh entry raya tapi entahlah kenapa malam tu hati saya diselebungi rasa sayu, jadi niat untuk teruskan menaip mati terus di situ dan saya ke dapur tolong mak bakar kek coklat dan sambung taip entry dan reply mesej kawan-kawan.

sekarang kamu tentu faham kenapa saya tak mampu nak buat entry raya lebih awal kan? 
untuk itu, sementara masih di bulan Syawal ini, saya mengambil kesempatan untuk menyusun jari 10 memohon ampun andai ada kata-kata saya di sini yang begitu bisa untuk dibaca atau ada kelakuan yang tidak enak sepanjang berbalas-balas comment terutamanya kepada bloggers nabilah, hans, far8, zoey zau yah, qaseh dalia, kak ieda, anamizu, amna, wani, shedameor, e'in yang selalu datang sini dan komen entry. mohon ampun atas kelemahan diri ini :)

 

entry raya 2009 part 1 [di sini]
entry raya 2009 part 2 [di sini]
entry raya 2009 part 3 [di sini]
entry raya 2009 part 4 [di sini]
entry raya 2009 part 5 [di sini]
 
entry raya 2010 part 1 [di sini]
entry raya 2010 part 2 [di sini]

Sunday, August 21, 2011

tolong saya, boleh?

Alamak! dia dah buat dah. dah buat dah. buat apa? malas update la, ngee ^^

oh sebelum tu. Assalamualaikum wbt. hari ini dah masuk hari ke-21 kita berpuasa. Alhamdulillah masih belum diberi cuti, hehe :D. tapi tak tahu la kalau-kalau sempena birthday saya esok, tiba-tiba dapat cuti kan? hakhak saya memang suka mengwar-warkan kat orang ramai bila birthday saya. jadi siapa yang baca entry ini, sila wish ok. eh ada pulak paksa-paksa orang kan *mesti ada yang menyesal baca entry ni, hehe :D*.

amacam iman hari ni? masihkah azam dan semangat kita sama seperti di awal Ramadhan hari tu atau lebih?
serius. sangat cepat masa berlalu. bukan? tup tap tup tap dah seminggu lebih saya tak update blog. tup tap tup tap kita dah pun masuk dalam 10 terakhir Ramadhan. tup tap tup tap nanti dah raya. bila dah raya, confirm la lepas ni tup tap tup tap dah kena balik UPM. huwaaa tak sukanya tup tap tup tap :((.

haisy,,, entah akan dipertemukan lagi ke tidak dengan Ramadhan tahun depan :'(.
saya tersangatlah bersyukur kerana Ramadhan kali ini, saya dapat bersama-sama dengan mak ayah di rumah. a place where my heart is :) *oh tetiba rasa nak nangis*.
banyak masa diluang bersama. bercerita pengalaman puasa dulu-dulu kala, mencari hadiah Ramadhan sama-sama, pergi terawih sama-sama, dapat merasa kembali saat ayah kejut bangun sahur *see? dah besar tak berapa nak panjang pun masih ayah kena kejut bangun sahur :D*. FAILED!

dan ya. ini memang menjadi kebanggaan ayah saya bila Ramadhan kali ini dah berjaya menarik anak perempuan dia yang sorang ni ke dapur untuk sama-sama dengan mak sediakan masakan untuk berbuka dan sahur. antara sebab kenapa ayah saya mahukan anak perempuan seperti yang saya cerita [di sini] *klik la*.
sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada orang cakap pasal masak, boleh la jugak saya keluarkan awan nano kat atas kepala ni.Photobucket 
kalau tak, macam ni la reaksi saya tiap kali orang sekeliling start buka topik pasal main masak-masak Photobucket. berlagak cool. kesian.

apa yang seronoknya pasal tolong mak kat dapur... sambil tangan potong ini, potong itu, mulut ni pulak rancak cerita ini, cerita itu, telinga pun kena tajam dengar mak kongsi ini, kongsi itu sehingga mengundang air mata. mahu tak mengundang air mata bila mak start kongsi pengalaman hidup dia, saya pulak tengah kupas dan potong bawang, ngee ^^.

kalau sebelum ni saya pernah kongsi sebab apa kami dah tak buat biskut raya di [entry ini] *awak, klik la lagi*, kali ni saya nak seret jugak mak saya untuk tolong saya realisasikan impian saya buat biskut raya special untuk kawan-kawan saya yang akan datang beraya nanti. no tempah tempah. aceycey,,, kawan-kawan. sila lah rasa terharu sebab kawan kamu ni bersemangat waja nak buat biskut raya semata-mata untuk kamu, hakhak.

apa pun... masak, masak jugak. biskut raya, biskut raya jugak. tapi jangan kita lupa pulak bonus yang telah Dia janjikan untuk kita di akhir-akhir Ramadhan ini, ya :).

Jangan jadikan puasa kita macam tebu. Awalnya manis hujungnya tawar. Jadikan puasa kita macam teh tarik. Awalnya manis akhirnya lagi manis-Ustaz Mohd Syakirin.

oh. pasal tajuk entry ni. tolong saya, boleh? boleh tolong letakkan tajuk untuk entry ini? hehe :P

Thursday, August 11, 2011

saat dipertemukan

pertemuan yang telah diatur setahun lalu... 
kehadirannya menjadi pengganti kepada yang pergi membawa diri.
setelah menanti dengan penuh harapan, akhirnya dia hadir.
walaupun pada mulanya bukan dia yang kuinginkan, namun ketika pertama kali mata memandang saat dipertemukan,
hati ini sudah tertaut padanya biarpun yang diharapkan turut berada di depan mata.
saat harus memilih, hati ini tidak mampu menolak rasa yang hadir.
sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku :)

hadirnya...
memadam terus bayangan yang sebelum ini bermain di mata.
hari-hari yang dilalui terasa lebih bermakna bersamanya yang setia di sisi.
kekadang, siang yang menuntut tanggungjawab duniawi menjarakkan kami namun
tidak kubiar malamku berlalu tanpa menerima pesanan darinya walau hanya sebaris kata kerana...
padanya, terselit kata-kata yang memujuk.
dengannya, hati menjadi tenang.
bersamanya, mendekatkan aku pada Sang Pencipta.

Ramadhan ini...
kupanjatkan syukur kerana Dia menganugerahkan kesempatan waktu untuk kuluangkan lebih banyak masa bersamanya, menuntut tawaran bulan yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

 dan ini lah dia yang saya maksudkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


jawapan kepada [entry ini].
ianya bukan lah personal diary mahupun daily planner. tapi ia adalah tafsir Al-Quran yang sudah bersama saya setahun yang lalu.

begitu lah al-kisahnya macam mana saya ditakdirkan bersama dengan si pinky ni. lepas yang lama tu pergi menghilangkan diri, saya pasrah dan saya bertekad untuk cari pengganti iaitu si purple sebab saya dah lama simpan perasaan kat si purple. fyi, i'm not into pink, ok. tapi entah la roh apa yang masuk dalam badan saya malam tu sampaikan bila nampak si pinky ni, keinginan terus berubah dan saya akur. hurm,,,

begitu lah juga kehidupan. kita merancang. Dia juga merancang. namun, tiada perancangan yang lebih sempurna selain perancangan yang telah diatur oleh-Nya.
kini aku percaya bahawa Dia tidak akan mengambil sesuatu dari kita melainkan dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.


Bila Allah izinkan kita berjumpa Ramadhan, Dia ada hadiah untuk kita. jadi carilah hadiah itu-Prof Dr Muhaya.
 p/s: yukkk sama-sama kita cari 'hadiah' itu :)

Wednesday, August 10, 2011

#2 Wordless Wednesday

 

wordless wednesday? apa tu? boleh [klik di sini]

Monday, August 8, 2011

let's think of it

One day, a rich father took his son on a trip. He wanted to show him how poor someone can be. They spent time on the farm of a poor family.

On the way home, father asked, Did you see how poor they are? What did you learn?
The son replied, We have a pool, they have rivers. We have lanterns at night, they have stars. We buy food, they grow theirs. We have walls to protect us, they have friends. We have encyclopedias, they have the Quran. 

Then he added: Thanks Dad for showing me how poor we are.


Lesson: It's not about money that makes us rich, it's about simplicity and having HIM in our lives :)

Wednesday, August 3, 2011

#1 Wordless Wednesday

 

wordless wednesday? apa tu? boleh [klik di sini]

Monday, August 1, 2011

perasan tak?

kamu semua perasan tak? saya memang perasan. saya perasan yang hari ini ramai orang post pasal Ramadhan. kenapa eh? *memang mahu ketuk kepala ni sebab pura-pura tak tahu, hee*
untuk itu, saya tak bercadang untuk post pasal Ramadhan *mak aih, teruk punya ayat* sebab saya cuma nak bagitahu yang petang semalam, saya dengan cik ain and the gang...
 
psst2,,, jangan cari saya dalam gambar ni sebab memang tak ada pun. hehe :D

... ke Mesra Mall menonton filem


... CAPTAIN AMERICA walaupun bukan movie ini yang kami nak tengok pada asalnya. and how was it?
i was so excited when the serum could transfer Steve Rogers from a scrawny guy to oh-my-guy, awww *opss,,, adakah saya kelihatan seperti mata keranjang di sini? ya ampun*.
but no matter what, i have to confess that i love Colonel even more for being sarcastic everytime he was there in the scene *lol. sounds cruel yet funny oh*.

talking 'bout ending, terkilan. sangat. untuk itu, jangan bercinta dengan manusia abnormal, muehehe ;) 
and. and. and i just love the scene when Dr. Erskine pointed at Steves heart as he died. yeah,,, this scene really turn me on for reminding me of Dato' Dr Fadzilah Kamsah yang selalu menekankan kita untuk selami jiwa, ahaks :D *apa yang aku cuba sampaikan, sebenarnya*.

actually i try to relate and highlight it's the heart that makes a good person. so, sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama menyucikan hati kita yang satu ini *acey,,, pandai pulak nak alihkan topik dari movie ke Ramadhan kan*.

oh ya. walaupun saya tak bercadang untuk post pasal Ramadhan pada awalnya, namun saya rasa bertanggungjawab untuk mengajak kamu semua berlumba-lumba lari merebut tawaran istimewa sempena Ramadhan ini:


p/s: yukkk semarakkan cinta Ramadhan :)

Sunday, July 31, 2011

bila hubungan tak direstui

aduh. Azri Safirah kah ini? iya, saya la ni. apa hal tajuk entry macam tu? itu lah. saya sendiri pun tak faham kenapa. *tutup muka sikit, ngee ^^*
sejak bila kamu bercinta dan kenapa pulak tak direstui?
haa,,, itu lah. kena la baca dulu apa yang saya nak cite ni. saya baru saja cakap taip pasal hubungan. tapi saya tak bagitahu hubungan apa kan? hubungan persahabatan la, hehe :D *jangan marah aaa*

persahabatan saya aku dengan seorang lelaki. dah agak lama kami kenal. dari dia single, dah couple, beretakkan, rujuk balik, akhirnya clash, kembali single hingga lah bercinta lagi untuk ke berapa belas kali, aku pun tak ingat. fuhhh. dan atas sebab itu, aku dijadikan orang kepercayaan dia. tempat dia bercerita macam la aku ni arif sangat walhal aku sendiri tak pernah terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. *hahahaha :)) dahsyat tak ayat jenayah aku* 

time dia single kejap tu risau jugak aku. serius risau. iya la, mana la tahu tiba-tiba dia meroyan kan sampaikan aku terpaksa menjarakkan diri sebab aku tak nak dia jadikan aku tempat bersandar. *cukup lah tempat bercerita, tak payah la nak sandar2 pulak, hakhak :D* 
bila dia dah jumpa pengganti, aku saya gembira sebab dia tak lupa untuk cerita pada saya. apa yang buat saya lebih gembira bila dia jugak cerita pasal persahabatan kami kat perempuan tu.

namun apa yang kita boleh terima, tak semestinya orang lain jugak boleh terima dalam masa yang sama kan? mahu tak sentap aku bila dapat tahu dalam diam rupanya perempuan tu simpan perasaan cinta cemburu kat aku. yang ni, aku betul-betul tak faham. aku lagi tambah tak faham bila perempuan tu siap suruh bf dia merangkap kawan baik aku tu stop contact dengan aku. terus apa yang jadi lepas tu???

p/s: nanti la kalau saya rajin, saya sambung lagi yup.
jangan biarkan hubungan anda tak direstui.
ok. abaikan. hakhak ;)

Friday, July 29, 2011

jom mula lagi

va va va. sudah berkurun tak update ini blog. jauh sudah saya ditinggalkan di belakang. wordless wednesday, spontaneous thursday segala. sampaikan dashboard yang lama dah pun bertukar ke versi yang baru. tak suka. tak suka. ada sesiapa yang tahu tak macam mana nak berbalik pada dashboard yang lama? tolong la patik. peleashhh :(.

haisy,,, ada saja la benda yang spoil mood aku nak berblogging ni. baru saja nak godeh2 sikit blog ni tapi nak cari edit HTML pun tak jumpa. wuuu,,, macam mana ni? sampai hati tau buat saya macam ni. benci ah.

tu la. padan dengan muka. selama ni kau biar je blog ni sunyi sepi apa hal?
ala,,, duk kat rumah, cuti lama, tak buat apa, jadi rasa macam tak ada apa la nak dikongsi walhal banyak je benda yang nak dikisahkan. alasan. atau lebih tepat lagi kita namakan ini sebagai prinsip inersia.

yup. inersia. ini lah dia yang dinamakan prinsip inersia. objek yang pegun akan tetap pegun dan memerlukan satu daya luar untuk menggerakkan objek itu. dan daya luar itu sudah datang hari ini untuk mengubah keadaan saya yang pegun ini, muehehe :D. ini dia:


haaa,,, tahu tak apa. memang dah lama sangat dah entry stay the same tu. memang betul-betul stay the same ni. lagi 2,3 hari, genap la 2 bulan blog ni tak terupdate. ngee ^^
bila saja baca tulisan itu dari issareni, terus jari ni meronta-ronta nak menaip entry baru. hahahaha ayat mesti nak hiper punya :P. tapi tiba-tiba keadaan dashboard yang baru ni pulak betul-betul mengganggu konsentrasi saya la. maka, saya nak stop sini dulu dan mula untuk berblogwalking.

Wednesday, June 1, 2011

stay the same

saya nak bagitahu ni *bunyi macam penting bebeno*. tengah hari semalam time duk mengemas, tiba-tiba terperasan satu baju saya ni yang tergantung di satu sudut. aik? bila masa pulak aku pakai t-shirt ni? bila je cium, heee terus tahu jawapannya. aku kenal benar dengan bau ni. oppsss naaa,,, bukan bau badan yang musyuk ok. tapi ini bau yang sedap macam boleh dimakan. hakhak :D
mak aih,,, siapakah? siap dah boleh cam bau segala.

haaa,,, saya pernah kongsi tentang insan ini, tahun lepas [di sini]. al-kisahnya di satu pagi, pada minggu lepas, dia texted saya. dan saya tersenyum gembira bila saja dapat tahu dia nak datang ke rumah saya. you are always welcome dear ;). dan tiba-tiba orang tu post new status kat fb "off to my my in-law's. kahkahkah". opsss,,, dan. dan. dan. orang tu juga post new entry pasal kami [di sini] tehee :D

bila saja tiba, dia terus buka cerita sambil buka beg. wondering. oh my... terus rasa nak buka silat, kwang3. tahu tak apa yang dia keluarkan dari beg dia tu??? taraaa...



Bercinta sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. semua orang pun dah tahu kot kedua-dua buku ini adalah sambungan kepada buku Aku Terima Nikahnya. dan saya pun pernah buat perkongsian pasal buku ATN sebelum ini [klik sini].

Mak aih,,, bulan ni bulan membaca ke apa? huuu,,, high tower of books waiting in a queue, here. hakhak,,, entah bila la dapat bercinta dengan buku ni memandangkan sekarang ini saya sedang bercinta dengan...

to Murabbi Cinta... just wait till your turn comes, ok :)

***************************

dari depan tv, kami pindah ke meja makan. gerak pula ke depan lappy. lepas tu sambung gelak guling-guling atas katil. muehehe :D
and we both just can't stop talking, sharing, teasing, giggling until burst out laughing. and yes, you never fail to make me laugh harder till my stomach hurts over silly things we've shared and serious things though. sengalness :P

and it became even more critical when we start hitting at each other since we can't hold laughing much longer over really serious things. tahap ni memang boleh sumbat masuk wad sakit jiwa sudah. hahahahaha :))


kami bukan nya tak tahu nak beza apa yang serius dan apa yang boleh dijadikan bahan gelak ketawa. kami cuma tak boleh terima kenyataan bila masing-masing berubah jadi serius. tehee :D gilak. 

that's what we can call best friend right. best friend forever. kamu semua mesti ada punya best friend kan? someone that you can tell anything to, and they won't judge you. that's Nur' Ain for me. even when i first met her, i really had no idea she would mean this much to me. love you, Ain <3

Saturday, May 21, 2011

perjalanan yang masih berbaki

Selamat pagi semua :)

semoga semuanya sihat-sihat saja. haih, ini format surat tidak rasmi kah? sorry2...
sudah 5 hari saya tak update apa-apa kan? kononnya cuti kali ni nak lagi rajin la update cik blog ni memandangkan kat rumah tak ada masalah siput dan binatang-binatang yang sepupu dengannya. tehee ;)

Haa,,, kalau sebelum ini saya berkongsi macam mana haru nya final exam saya, kali ni saya nak kongsi pula apa yang saya dah buat dan belajar sepanjang sem ni yang konon nya busy sangat tu kan. hee ^^

untuk sem yang lepas which is semester ke-4, saya ambil 7 subjek iaitu Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, Psikologi Pendidikan, Pengeluaran Buah-buahan, Lukisan Teknikal, Prinsip Sains Tanaman, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Manipulatif III (Enjin). ok, secara ringkasnya:

1. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan. dua tugasan yang perlu kami laksanakan iaitu interview usahawan dan business plan. untuk interview usahawan, saya dan partner saya Nurul Hidayah ke Natifah Batik. banyak yang kami dapat dari interview ini melalui perkongsian pengalaman dan tips oleh Puan Natifah sendiri.
untuk rancangan perniagaan pula, saya dan klik saya telah menubuhkan Bake4U Berhad merangka perniagaan, menguruskan kewangan, pemasaran, operasi etc bersama. Ini lah teammates saya yang bersengkang mata sampai 3,4 pagi menyiapkan tugasan.
persediaan sebelum sesi presentation. klik. terima kasih Dr. Soaib Asimiran :)

**************************************
2. Kemahiran Manipulatif III (Enjin). fuh,,, mula-mula macam blur juga la belajar subjek ni. very technical. nak kena belajar komponen-komponen enjin. enjin pula ada macam-macam jenis enjin. enjin dua lejang la empat lejang la, enjin diesel la enjin petrol la. lepas tu nak kena tahu pula sistem dan operasi yang terlibat macam sistem brek, sistem penyejukan etc. haisy,,, mahu tak pening. tapi bila dah faham, segala proses tu macam bergerak-gerak je dalam kepala ni haa. hakhak :))

untuk tugasan amali subjek ini, kami kumpulan A2I (A two I) which is Artificial Intelligence Invention telah mereka mini portable trolley. oleh sebab ahli kumpulan kami semuanya wanita, maka harap maklum la yup kerana ini lah hasilnya
owh,,, ini trolley kami yang belum dimodified sepenuhnya.

kami juga membuat lawatan ke Naza Bikes dan saya telah dibuli oleh pengarah projek untuk jadi photographer tak bergaji dan sebab itu di akhir-akhir lawatan, orang lain pula ambil alih tempat saya sebab ini photographer gila nak masuk dalam gambar juga. muehehe :D
Photobucket
untuk itu, terima kasih kepada Dr. Fatah *lecturer kuliah* dan En. Khaizer *lecturer amali* :)

**************************************
3. Lukisan Teknikal. nak kata subjek ni susah, tak ada la susah sangat sebab subjek ni tak perlukan kita untuk study sampai juling pun. sebaliknya, perlu rajin buat semua latihan lukisan-lukisan yang lecturer bagi. lama-lama InsyaAllah akan mahir. subjek ni mungkin akan jadi susah bila kita tak dapat nak imagine sesuatu bentuk tu. pendek kata kalau tak dapat hidayah *hiperbola*, tersembur biji mata keluar pun memang tak boleh nak buat apa la. perlu fikir berdimensi. acey,,, gitu la kononnya.
Photobucket
antara lukisan yang kami belajar adalah lukisan isometri, oblik, ortografik, tangen etc. dengan ini, terima kasih kepada En. Haris *lecturer kuliah* dan En. Saiful Redza *lecturer amali* :)

 **************************************
4. Pengeluaran Buah-buahan. saya pernah la cerita sikit pasal subjek ni dalam entry ini [klik sini] sebelum ni. nama lagi ambil kos Bac Pend (Sains Pertanian). setiap sem pun mesti wajib ambil subjek under fakulti pertanian punya. subjek ni pun ada amali. kumpulan kami seramai 10 orang yang terdiri daripada 7 orang wanita dan 3 orang jejaka dilatih untuk menjadi ibu bapa angkat kepada anak-anak angkat kami iaitu Nephelium lappaceum (rambutan).
Photobucket
oleh itu, terima kasih kepada Dr. Mahmud Tengku Muda Mohamad *lecturer kuliah* dan penunjuk ajar di ladang iaitu Tn. Syed Ghazali Jalalulin :) 

**************************************
5. Prinsip Sains Tanaman. subjek ni tak banyak beza dengan subjek Pengeluaran Buah-buahan tadi. jadi, ilmu yang dipelajari dalam kedua-dua subjek ni boleh dikaitkan antara satu sama lain. cuma subjek ini tak ada amali dan hanya perlu siapkan satu coursework. ringan la sikit. tapi bila exam tak ada la ringan sangat. hehe :D. apa pun, terima kasih Dato' Dr. Idris :) 

**************************************
6. Psikologi. dengar nama je terus tersaiko. huuu,,, tak ada la. itu cuma 1st impression saya. bagi saya, subjek ni sangat menarik sebab kita dapat belajar kepelbagaian individu melalui ciri-ciri individu, konflik yang dialami, cara penyelesaian, kajian yang dilakukan tentang individu oleh ahli-ahli psikologi barat. walaupun memang banyak term yang tak pernah dengar pun sebelum ni nak kena hafal. plus, kena faham setiap eksperimen dan setiap teori yang dikemukakan oleh setiap ahli psikologi. tapi saya tetap suka.

macam menyampah sikit la kan bila pura-pura fokus study di depan lensa kamera hikhik ^^. Dr. Norlizah, terima kasih :) 

**************************************
7. Kemahiran berfikir. haisy,,, memang banyak benda nak kena fikir ni. masalah keluarga, masalah pejabat, masalah rumah tangga, masalah negara lagi. hakhak :D ok, tipu. seperti subjek Psikologi tadi, subjek ni pun banyak kena tahu tentang teori-teori pemikir dari barat. barat. barat. barat. acey,,, macam emo la pulak.

hee belajar teori macam best tapi kalau tak faham memang free saja la ke tali gantung time exam. betul, saya tak tipu. sebab nya bila exam dia bukan tanya direct pun pasal teori-teori tu tapi macam mana kita aplikasi setiap teori tu dalam setiap masalah yang diberi. contoh soalan final exam hari tu cara penyelesaian masalah bagi satu pasangan yang baru berumah tangga ni. eh, tak pasal-pasal pulak kena fikir masalah rumah tangga orang kan. kwang3 :P

kepada Dr. Aminuddin, terima kasih. terima kasih juga kepada sahabat saya, Fareha yang jauh di NZ kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik untuk sesi interview bagi mengenalpasti jenis kecerdasan yang dimiliki beliau berdasarkan teori yang dikemukakan Howard Gardner. acey,,, ayat mesti nak lebih punya. tanpa mu, tak siap la assignment ku itu, ngee n.n

**************************************
Hurm,,, pejam celik pejam celik sudah pun tamat semester ke-4 saya. maka, perjalanan saya untuk menamatkan pengajian ini tinggal lagi separuh untuk mencapai cita-cita sebagai seorang guru, InsyaAllah. tiba-tiba teringat mesej yang dikirim oleh makcik kesayangan saya pada hari guru baru-baru ni:
dulu DIA pegang rotan, kau kata DIA garang.
dulu DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas.
dulu DIA marah-marah, kau kata DIA melampau.
kini, kau bakal menjadi DIA.

owh,,, terharu. terima kasih, cikgu. sekarang saya perasan yang entry saya ni panjang. maka saya chow dulu :P 
owh sebelum itu, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi berjuang bersama-sama...

Monday, May 16, 2011

It Stops Today

Assalam peeps...

Currently, i'm listening to Colbie Caillat-It Stops Today. so, i took a short cut by just putting this song title as the title to this entry, hekhek :D
it's been ages since the last time i update mine right? saya tak mahu cakap la sebab busy dengan study, assignments dan test segala sebab orang lain pun macam tu juga tapi masih boleh update kan? hee,,, senang cite malas la kot. tak pun sebab tak ada kemahuan. huhu

Readers, macam mana dengan final exam kamu semua? ok kah? boleh kah? atau apakah? hee,,, saya hari tu agak menggerunkan la. itu la, time study week, tak gunakan betul-betul. lepas tu, mula la terkejar-kejar saat last minute. dan mula la juga sentuh ini tak kena. bila baca yang ini, terasa lupa yang itu. selak yang ini, teringat pula yang satu lagi tak terimbas lagi. haisy,,, bila terasa masih banyak yang tak khatam, mula la cek jadual exam. itu tandanya nak senangkan hati yang tengah gundah. mungkin juga sebagai pembakar semangat untuk terus study bukannya tidur.

yup. pembakar semangat. sebab apa? cuba lihat jadual final exam saya...

26/04- STE 3603, 8.30-10.30 am
sempat lagi scan buat kali terakhir prinsip-prinsip untuk subjek enjin.



28/04- AGR 3506, 2.00-4.00 pm
          - FCE 3200, 8.30-10.30 pm



 29/04- HRT 3201, 8.30-10.30 pm
time ni sempat sarung tudung ekspress saja. wajah pun tak sempat dibedak. apatah lagi nak calit lip ice. tidak bermaya mengenangkan exam akan tamat pukul 10.30 malam dan keesokannya ada lagi dua papers yang masih tak khatam study lagi. 


30/04- FCE 3204, 11 am-1 pm    
       - STE 3305, 2.00-4.00 pm
 
minuman ini disedut sebelum masuk dewan setelah kawan-kawan tegur muka saya pucat. memang time ni rasa sangat lemah. 2 papers dan sela masa hanya 1 jam. mahu tak tepu kepala otak ini. Alhamdulillah setelah selesai 1 paper, sedikit lega. satu jam yang tinggal digunakan sepenuhnya bersama klik saya Hidayah, Aishah dan Habsah pulun subjek Perniagaan dan Keusahawanan pula.

04/05- STE 3604, 2.00-4.00 pm  

Huh,,, terbaik la. direct tu 28, 29, 30. tak cukup dengan tu, siap ada 2 kertas dalam 1 hari. yang mendukacitakan saya, walaupun saya selalu cek jadual, namun masih juga berlaku kemalangan. di mana pada 28/04, saya sudah terbabas. huwaaa,,, saya ingatkan exam Psikologi dulu. jadi, saya tak sempat nak scan subjek Sains Tanaman buat terakhir kalinya. tapi aku bantai je karang jawapan sampai minta buku jawapan lebih. tak pernah dibuat aku sebelum ni. nampak sangat la saya goreng habis-habisan. haisy,,, tiap kali final exam, tak sah kalau tak accident. zeri oh zeri.

Apa pun, kini saya hanya mampu berdoa dan berserah pada Yang Satu itu. usaha, doa dan tawakkal. keep in mind, jangan sesekali berpegang bahawa banyak usaha kita penentu kejayaan. namun itu tak bermakna kita tak perlu berusaha. berusaha la semampu kita. sesungguhnya kejayaan bukan milik sesiapa tetapi milikNya. jadi seyakinnya letakkan tawakkal itu semata-mata padaNya.

p/s :1) terima kasih tak terhingga buat mereka yang sentiasa
di samping saya memberi kata-kata semangat.
sahabat yang menemani saya study
walaupun akhirnya tertidur sekali, hehe :D

2) to my new followers, thanks a lot for following this silent blog.
i will pay a visit to your blog later, tungguuu ;;)

Sunday, May 15, 2011

Malaikat Kecil

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk Jalan-jalan Syurga dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam

 credit to ohislam

Monday, March 21, 2011

Hikayat 3 Hari

Assalam readers...

kedua-dua kelas saya hari ini tak ada, nampaknya. maka hooray \(^^)/ *sambil shuffle*
bila berblogwalking di pagi hari dan bila terlihat coursemate saya, si Mashi post entry baru dan terus saya rasa teruja untuk update juga. saya kan mengada. hehe :D

kalau Jumaat hari tu si Mashi and the gang ke international hot balloon air fiesta 2011 selepas lawatan ke Naza Bikes, saya dan awek-awek cun saya pula ke...

untuk latihan vokal yang mana bagus untuk bakal guru seperti yang disarankan oleh En Khaizer. tehee :D

esoknya pula saya berdua dengan...

Hidayah aka coursemate

ke Mines. tak lain tak bukan hanya untuk menonton...


sampai masa tibanya waktu...
redup hati kau berdua...
bila dua jasad bersatu...
hidup mati jadi bersama...

kisah yang agak menyentuh hati dan perasaan namun masih sempat bergelak ketawa di saat yang lain diam menghayati jalan cerita.

dan angkara merong mahawangsa... 2,2 sudah jadi mereng. maka muncul lah pula hikayat dua mereng berbaju oren. muahahaha :))


sampai masa tibanya waktu...
redup hati kami berdua...
bila dua jasad bersatu...
payung dan baju menjadi sama...

kalau Ahad minggu lepas saya seorang diri ke KLCC bertemu pakwe satu acuan saya, Ahad minggu ini pula saya seorang diri ke Mid bertemu dia lagi. Mari saya perkenalkan siapa dia...


taraaa... pakwe satu acuan aka abang kembar yang cik Ain nak kenal tu. oppsss,,, hehe ;)
kenapa satu acuan? sebab orang cakap muka kami sama.
ey? mana ada la. lubang hidung dia lagi besar dari saya lah. teeeetttttt
lari.....................